Followers

Monday, January 2, 2012

Senaman Kempiskan Perut.

Assalamualaikum.


Dari dulu lagi, aku sangat jeles dekat orang yang makan banyak macam mana pon badan dia memang tak kan gemok. dan sangat sakit hati bila orang cakap, teringinlah  nak gemok, rasa macam nak belasah je bila ada orang yang cakap macam tuh dekat aku! haha yelah sebab aku sangat susah nak control makan, lagi lagi kalau dah ada makanan depan mata, memang semua aku habiskan.



badan aku boleh dikategorikan masih ok lagi kan, tak terlalu gemok dan tak terlalu kurus,yang sedang sedang saja, tapi aku kena sentiasa control makan, dan ayat ni paling selalu aku dengar,



ehh, kan dah kurus, buat apa nak kurus lagi?



ye, memang dah kurus, tapi aku sangat, terlalu, ter, ter, tersenang nak gemok,makan lebih je sikit teros berat badan naik, dan bila aku gemok, perotlah yang paling ketara, tak lawa bukan apabila seorang perempuan mempunyai perot kedepan? (takut nak cakap bunchitt). pasal tuh aku selalu nak control makan, kadang kadang makan sekali je sehari, tapi kita manusia biasa kan? yang mempunyai nafsu makan terlalu tinggi, haha iaitu makan sampai tak ingat dunia !tapi aku bukan lah nak diet sampai terlalu kurus sampai tinggal tulang rangka je pulak, cuma nak control makan untuk tidak menjadi terlalu gemok.


so sambil duduk duduk tengok tibi dekat rumah tu, jom lah try beberapa senaman untuk kempiskan perot ni.


 
Bicycle exercise
Teknik paling efektif semasa untuk perut anda adalah dengan bicycle exercise.  Senaman ini menumpukan pada bahagian rectus abdominis (perut) dan juga obli.






Caranya:
1)    Baring di atas lantai dan letakkan tapak tangan anda di belakang telinga.
2)    Angkat lutut kiri atau kanan anda setinggi 45 darjah menghampiri perut anda dan lakukan seperti anda mengayuh pedal basikal.
3)    Sentuh siku yang bertentangan dengan lutut yang anda angkat. Contohnya sekiranya anda mengangkat lutut kiri pastikan lutut kiri anda bersentuhan dengan siku kanan anda dan lakukannya berulang kali seperti anda mengayuh pedal basikal.
Pastikan anda tidak tarik leher anda terlalu ke depan. Sekadar memastikan bahu anda terangkat sedikit dan bukannya belakang badan anda. Selepas anda mengangkat lutut anda pastikan ia lurus ke hadapan tidak kira berapa darjah. Untuk memberi kesan yang maksima, angkat sedikit sehingga 45 darjah dari lantai.
que muscle (pinggang)




Bangkit tubi kaki tegak (vertical leg crunch)
Konsep senaman ini lebih kurang seperti bangkit tubi, tetapi memerlukan anda mengangkat kaki anda tegak ke atas. Senaman ini turut difokuskan pada otot rectus abdominis.





Caranya:
1)   Angkat kaki anda tegak ke atas sambil bersilang.
2)   Angkat badan anda seperti anda membuat bangkit tubi biasa
Lakukan dalam 2 hingga 3 set dan dalam setiap set rendahkan kaki anda menghampiri lantai untuk memberi impak yang maksima. Setiap set anda boleh lakukan 16-18 ulangan.





Senaman Plank (plank exercise)


Teknik ini bagus dalam memberikan ketahanan otot pada bahagian perut dan juga belakang. Buat aksi seperti anda melakukan tekan tubi dan kemudian letakkan tangan depan anda di atas lantai. Pastikan belakang anda tegak menghampiri lantai dan bukannya menjauhi lantai. Lakukan selama 30 saat hingga 60 saat dan lakukan sebanyak 3 hingga 5 kali.


‘Less is more’. Tidak perlu membuang tenaga untuk melakukan semua teknik di atas sekiranya anda tahu teknik mana yang lebih berkesan untuk kempiskan perot. Anda boleh pilih dua teknik teratas untuk mendapatkan kesan yang maksimum. 2 atau 3 teknik sahaja sudah memadai. Tetapi sekiranya anda ingin melakukan variasi, tidak salah untuk melakukannya. Ia bergantung kepada anda.



Perasan tak senaman yang disenaraikan ini tidak memerlukan sebarang objek, bukan apa agar memudahkan anda. Okey, selamat mencuba! so dah takde alasan lagi untuk tak buat senaman ni ok, sebab senang je kan? hee



11 comments:

  1. tips nk kurus cara islam

    1. bila makan perut x boleh penuh. 1/3 makanan, 1/3 air n 1/3 angin.
    2. makan buah dulu sblm makan. tu cara islam... cara mat saleh makan dlu pastu br makan buah.
    3. sekurang2nya 30 minit lepas makan baru minum air...
    itu jer lah tips dari saya utk kurus.

    p/s: roshafika, sudi x awak gi dating dgn saya :)

    ReplyDelete
  2. Memang berguna tips ni, hihi! xD

    ReplyDelete
  3. wow....leh la nk senam cmni pasni

    ReplyDelete
  4. tips yang bagus..tp kena maintain x leh tinggal kalo x sure naik balik..

    jaga anak malam2 pun leh kurus tau fika hehe

    @za mcm gemuk je dia tu

    ReplyDelete
  5. asal aku buat je,mesti seminggu je la habis rajin..lepas tu malas, perut pon naik..ekeke..

    ReplyDelete
  6. Dahhh. jommm buat senaman ni sesame, and yang penting jangan minum ais tauu. ais lagi jahat tuhhh! tulaa. kalau stop mesti naik balik badan. so jgnlah stop. sekurang nya 10 mnit sehari pon dah ckup.. yang penting keluar kan peluh. :) hee

    wahhh jaga anak malam pon boleh kurus ke? hee kena kawin lah camni, sebab nak kurus punya pasal ! kahkah :D

    ReplyDelete
  7. wahh tip baik ni..hahah tapi mse xde nk ikut tip cm ni..kita sebokk uwaaa

    ReplyDelete
  8. nice lorh.. slalu dgr bangkit tubi je senaman utk perot, tapi byk lagi upernye... must try!

    ReplyDelete
  9. Salam kenal. Thanx sharing. Nina pun tgh buat excercise skg. Bmi dh normal 22 tp rasa mcm nk turunkn ke 20 dan nk fit more. Hihi

    ReplyDelete

TABUNG KECEMASAN !