Followers

Thursday, May 9, 2013

Perth, Australia

Assalamualaikum.



Lima jam duduk dalam flight sangat lah  menguji kesabaran aku. dengar sakit leher lah, sakit kaki lah, sebab tidur duduk 5 jam ok! Nasib baik flight malam, so aku tidur je sampailah terdengar suara juruterbang," ladies and gentlement, we will landing shortly at the Perth International Airport within 5 minutes from now bla bla...."  ok, akhirnyaaa sampai pun dekat Australia. Rasa sangat happy gila dan tak sabar nak jejakkan kaki di bumi Perth. yaaa. masa untuk kita bercuti yaaaa! Wehoo...
 


Kings Park dan Botanic Garden

memang cantik gila, pemandangan kat sini, laut dekat depan mata je , then boleh tengok kapal kapal lalu, kitorang pergi sini sebab sampai awal sebenarnya, tak boleh nak check in hotel dulu. so beli makanan, terus duduk lepak kat sini, sambil bergambar, sebab sangat cantik permandangan + cuaca kat sini.

orang orang kat sini, tak kira masa nak jogging aku rasa, sebab kitorang sampai sini dalam pukul 11 pagi, still ramai lagi orang jogging. Tapi ramai nya orang ber picnic dekat sinilah.

 

Matahari tegak atas kepala, tapi berangin.. so, sejuk jek.. bahaya ok? kulit boleh hitam tanpa kita sedar! hahaha


Lompat dan terus melompat. Hilang urat urat yang terkehel terseliuh dalam flight tadi aku rasa! hahaha

CikTimah terpaksa amik gambar sengsorang, sebab bapak aku sebok melawat kawasan. Dia memang suka tempat tempat permandangan cantik +bersejarah macam ni.

Time ni tengah panas betol.



 

satu satu nya kedai makanan melayu yang kitorang jumpa. orang yang jual melayu, yang masak melayu, so rasa macam kat malaysia pulak kan! ha-ha. Tapi duit sana kena darab dengan 3.5 so harga nasi goreng belacan, sepinggan dalam RM33. oleh itu ! haruslah makan sampai licin pinggan kannn! haha


 
Tapi kat sini sabtu ahad semua kedai tutup pukul 7. so kene cecepatlaaa nak menyopping kann. hehe

King Perth Hotel.

hotel yang sangat best, sebab tak ramai orang masa breakfast pagi. haha boleh amik makanan banyak banyak. siap ada bahagian halal dengan non halal. bagus bukan?
yang paling best nya, Hotel ni betol betol kat tengah bandar, so nak pergi kedai malam malam semua jalan kaki jek, keliling semua gedai, shopping complex. dekat sangat! erm patut lah makin gemok aku ni bila balik sini. Hahah!~ *barusedar*

Wednesday, May 8, 2013

Madame Tussauds, Bangkok

Assalamualaikum.


Ok, cerita bangkok aku tak habis lagi ni, biasala benda dah lama sangat kan, semua pon dah hilang, gambar dah terdelete lah, apalah, so mana yang dapat jelah ok? korang bayangkan, bulan Jan pergi, bulan Mei baru nak hapdet, melampau kan? pasal tu semua gambar pon aku tak tahu dah mana, terdelete ke hapa ke. Hahahah!



Macam biasa dengan Tun yang comel, tinggi jugak Tun ni sebenarnya. tejengket jengket kaki aku, sebab sebok nak letak kepala kat bahu dia. konon manja lah kau fika kan!!




 

Aku bersama omputeh omputeh sekalian. Tom Cruise dengan aku nak dekat sama jek kan ketinggian kami? Hahaha! mungkin ada jodoh.



 
Michael Jackson

time ni memang tak ramai orang, so kitorang memang buat macam rumah sendiri, habiss semua kami melaram. sempatlah rasa kengkonon buat konsert dengan MJ kan??


 

David Beckham muka macam nak marah mekdid jek kan?



 

Johnny Depp

si kekby yang perasan muka dia panjang sama dengan Johnny Depp ni. Alahaiii..



Mahatma Ghandi yang omeiii..




 

Jackie Chan.


 



Ok, sampai sini memang puas hatilah, seronok, sebab orang yang suka begambar macam aku ni suka lah kan? haha..  Tapi nak pergi sini, aku rasa kitorang jalan kaki nak dekat setengah jam. punya lah jauhhh! Time ni memang badan semua belengas habis. Nasib lah siapa yang bau kan? hahahah! yang penting dapat begambar!


Monday, April 29, 2013

Bangkok, Thailand.

Assalamualaikum.



Bangkok, Thailand.



Aku tak tahu nama dia ni tut tut ke tuk tuk. asal sebut sama je kan. oklah tuh. ha-ha. memang tak lahhhh aku nak naikkkk benda alah ni lagi. aduh rasa nak gugur jantung. dah lah roda 3, naik 5 orang termasuk yang bawak tu, kalau lah tebalik. memang tak pasal. dengan  orang tu bawak bukan main laju lagi. kitorang siap terjerit jerit masa tu. ha-ha..  rasa cuak dia tu macam naik roller coaster kat USS. ok itu sangat over! hahah tapi memang cuakk gilosss wa cakap sama la. mungkin sebab ramai sangat kot. kalau 2 orang je yang naik. balance lah kan untuk kenderaan roda 3 nie.




Pratunam Market.

pasar dia. sepanjang jalan memang baju. baju. baju. haa ~~




kabel ni sangat rendah. ni aku amik dah tangga jejantas. kalau orang tinggi sikit memang tesangkut kat kepala aku rasa. hahah dah lah serabut macam tu. bahaya jugak la.



kehidupan kami kat sana, memang banyak jalan kaki. balik sini memang muka tebakor lah kan. dah lah beza dengan kulit orang thailand. dorang semua jenis kulit licin macam telur haaa ~


duduk sini seminggu memang kurus aku rasa. hidup jalan kaki sepanjang hari boleh turun bekilo kilo.
hahah.


ni pasar pagi, aku pon tak tahu nama dia apa, tapi dia bukak dari pukul 5 pagi, tutup pukul 9 pagi. kemas barang tutup khemah, then jadi jalan raya biasa. hebat kann? dengan dorang ni, kalau nak tawar memang boleh bawak begaduh. sangat garang ok. beza dengan orang kat platinum mall.



Platinum Mall

 kauuuu orang nak apa semua ada kat sini, banyak tingkat. memang boleh lupa lah kedai mana yang kita dah masuk. semua murah murah, tapi tak boleh lawan pasar pagi tulah, sana lagi murah. cuma orang orang nya garang, yelah mungkin dorang dah jual murah kan. kita sebok nak tawar lagi. memang lah kena marah. ha-ha.


bejalan lagi. keluar dari hotel pagi, balik malam, hidup dengan berjalan kaki jek. memang nak tecabut kepala lutut jugak lah.


kat sini memang konsep beli baju terus pakai! hahah jakun lah kan?
tapi bukan apa. ni semua nak jimat kan beg. takdelah berat sangat.  so dari malaysia memang bawak sehelai je baju. tu yang kat sana beli je terus pakai.


 ni antara hasil hasil nya.
hehe tapi bangkok memang best shopping!
patutla orang ramai jual baju amik stock dari Bangkok kan.

TABUNG KECEMASAN !